25.9.11

Harga Emas Jatuh Teruk Hampir 6% Sehari: 23 September 2011

Mengikut data dalam CNBC, harga emas jatuh teruk semalam, 23 September 2011 sebanyak USD101.90 per auns kepada USD1,639.80. Kejatuhan ini adalah sebanyak 5.85%. Dilaporkan ianya disebabkan kenaikan kadar mata wang USD dan juga pelabur menjual instrumen emas bagi cover kerugian dalam pasaran saham. Emas jatuh paling teruk kali ini semenjak 2008.

Manakala Perak pula mengalami nasib yang lebih malang setelah kerugian 17.71% kepada USD30.101 per auns.

Macam saya cakap sebelum ini, melabur dalam emas pun ada risiko. Sama ada ianya waktu terbaik untuk beli atau tidak, ianya merupakan tindakan pelabur dengan mengkaji segala segi. Sebelum ini saya berpendapat harga emas boleh support pada nilai USD1,700 tetapi ianya nampak gaya susah sikit disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Kepada pemegang Kijang Emas, Dinar Emas Kelantan, Dinar Emas Perak, akaun emas dan juga apa-apa berkaitan dengan emas, artikal ini mesti igauan buruk pada mereka.

Kepada yang berfikiran positif inilah peluang untuk menambah simpanan emas. Kepada sesiapa yang baru-baru nak menyimpan emas, inilah masanya kerana harga sedang jatuh.

0 comments:

Catat Ulasan