12.10.11

Website Down, Public Gold Scam?

Itu adalah khabar-khabar angin yang disebarkan oleh pesaing-pesaing Public Gold melalui pelbagai medium termasuk Facebook, hakikatnya, Public Gold kini sedang menaiktaraf Server bagi menampung pertambahan order dari Dealer2 yang semakin ramai di seluruh Malaysia.

Sehingga kini, dealer-dealer berdaftar Public Gold telah pun mencecah sehingga 15,000 orang dan jualan terkumpul pada bulan lalu sahaja telah mencecah hampir RM 100 Juta!!

Tahniah Public Gold!!


Dear Valued Dealer/Customer,

Please be informed that Public Gold is currently experiencing the dispute with the web administrator, hence we are unable to access and receive any online booking detail starts from 7/10/2011, 6.30pm. Please resubmit your order made on this period.

From now onwards, kindly DO NOT make any (BUY or SELL) price booking thru www.publicgold.com.my; www.publicdinar.com; and www.publicjewellery.com.my.

Prices listed in these 3 websites and SMS service (32828) will be all invalid.

For price reference, please login to:
1. www.publicdinar.com.my
2. http://www.publicdinar.com.my/liveprice.html

For price booking, please make thru:
1.Call-in to PG branches during office hour.
2.SMS to PG mobile phones.

Branch Office No. Mobile No.
SP, Kedah 04-4232999 012-4836916
BJ, Penang 04-6449999 012-5282916
Bishop, Penang 04-2619999 012-4298916
Ipoh, Perak 05-2428999 012-4398916
PJ, Selangor 03-56348999 012-7082916
Malacca 06-3175499 012-3876916
JB, Johor 07-2358999 012-4308916
KB, Kelantan 09-7462999 017-4859916
KT, Terengganu 09-6263999 017-6756916
Kuantan 09-5678916 017-6528916
Kuching 082-259916 017-6788916
Seremban 06-6782916 012-3495916
AlorSetar 04-7344916 012-4890916


3.Email to order@publicgold2u.com.my .
Ordering format:
Existing customer:
Name:
PG code:
IC No.:
H/P No.:
Email address:
Booking item:
Booking price:
Booking quantity:
Booking date:
Booking time:
Payment Method: EPP/Full Payment
Collection at/Preferred Branch:


New customer/dealer:
Name:
PG code:
IC No.:
H/P No.:
Email address:
Bank A/C no.:
Introducer:
Booking item:
Booking price:
Booking quantity:
Booking date:
Booking time:
Payment Method: EPP/Full Payment
Collection at/Preferred Branch:

Sorry for any inconvenience caused.

29.9.11

GANDAKAN NILAI HARTA DENGAN PELABURAN EMAS

Pertama kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.

Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.

Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.

Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.

Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hamper AS$4.4 trilion. Walaupun keputusan Federal Reserve Di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.


Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.
Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.

Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.

Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.

Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.
Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.
Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.
Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.
Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.

Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.

Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.

Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.

Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.

Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.

Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.

Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
UTUSAN MALAYSIA 13 Ogos 2011

25.9.11

Harga Emas Jatuh Teruk Hampir 6% Sehari: 23 September 2011

Mengikut data dalam CNBC, harga emas jatuh teruk semalam, 23 September 2011 sebanyak USD101.90 per auns kepada USD1,639.80. Kejatuhan ini adalah sebanyak 5.85%. Dilaporkan ianya disebabkan kenaikan kadar mata wang USD dan juga pelabur menjual instrumen emas bagi cover kerugian dalam pasaran saham. Emas jatuh paling teruk kali ini semenjak 2008.

Manakala Perak pula mengalami nasib yang lebih malang setelah kerugian 17.71% kepada USD30.101 per auns.

Macam saya cakap sebelum ini, melabur dalam emas pun ada risiko. Sama ada ianya waktu terbaik untuk beli atau tidak, ianya merupakan tindakan pelabur dengan mengkaji segala segi. Sebelum ini saya berpendapat harga emas boleh support pada nilai USD1,700 tetapi ianya nampak gaya susah sikit disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Kepada pemegang Kijang Emas, Dinar Emas Kelantan, Dinar Emas Perak, akaun emas dan juga apa-apa berkaitan dengan emas, artikal ini mesti igauan buruk pada mereka.

Kepada yang berfikiran positif inilah peluang untuk menambah simpanan emas. Kepada sesiapa yang baru-baru nak menyimpan emas, inilah masanya kerana harga sedang jatuh.